BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »

Jumaat, 3 Jun 2011

DOA IBUBAPA MEMBAWA KE SYURGA

Sidang Blogger yang saya kasihi,
        
Firman Allah S.W.T.dalam Surah An-Nisa' ayat ke-36 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin,jiran tetangga yang dekat,jiran tetangga yang jauh,rakan sejawat,orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong,takabbur dan membangga-banggakan dirinya".

       Dalam Islam,tuntutan agar berbuat baik kepada ibubapa adalah merupakan perintah Allah S.W.T. yang wajib kita tunaikan.Sebagai seorang anak,kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah-lembut,berbudi bahasa,tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pergorbanan yang telah diberikan kepada kita selama ini.Mereka telah bersusah-payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu,tenaga,perasaan,wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita.Atas dasar itulah Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibubapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israk ayat ke-23 yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar)sekalipun perkataan 'oh' dan janganlah engkau menengking,menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang sopan-santun)".

Sidang pembaca yang dikasihi Allah S.W.T.,
          Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibubapa kita.Firman Allah S.W.T. dalam Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapa,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan(dari awal mengandung hingga ke akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibubapamu dan(ingatlah)kepada kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

Sesungguhnya,begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibubapa,lebih-lebih lagi buat si ibu
sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa.Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya:Aku bertanya Rasulullah S.A.W.,siapakah orang
yang paling patut aku berbuat baik?,Rasulullah menjawab;ibumu,kemudian aku bertanya lagi siapa?Baginda menjawab;ibumu,kemudian aku bertanya lagi siapa?Baginda menjawab;ibumu,kemudian aku
bertanya lagi siapa?Baginda menjawab;bapamu,kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

Menurut hadis tersebut,baginda Rasulullah S.A.W. telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat
mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya.Ini kerana segala pengorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan,kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar.Namun begitu,ia bejaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu beserta sokongan dari si bapa.Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu,maka selayaklah ibu dberi penghormatan yang begitu tinggi,ini tepat dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Syurga itu berada di telapak kaki ibu".

Hal ini dapat dijelaskan dalam kisah Al-Qamah,di mana beliau begitu sukar mengucapkan dua kalimah syahadah di saat sakaratul maut,kerana perasaan ibunya yang tergores diatas layanannya,
walaupun Al-Qamah kuat beribadat tetapi beliau telah melakukan seuatu perkara yang menggores perasaan ibunya,lalu ibunya berasa kecil hati dengan tindakannya,sehingga ibunya sukar untuk memaafkanya.Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua.Semoga perkara yang dialami oleh Al-Qamah tidak terjadi kepada kita.

 Sidang blogger yang dikasihi,
    Bersempena Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei dan Hari Bapa pada bulan Jun setiap tahun sebagai tanda penghormatan terhadap pengorbanan ibubapa serta mengenang jasa mereka membesarkan kita.Maka,janganlah sesekali kita melakukan perkara-perkara yang boleh menggores hati mereka.Terutamanya kepada golongan remaja yang sering terlibat dengan masalah sosial dimana perbuatan dan perilaku tersebut boleh menggoreskan perasaan dan mengecewakan harapan ibubapa yang impikan setiap anak mereka menjadi insan berguna dan sentiasa menjaga nama
baik keluarga bukannya dengan menjatuhkan maruah keluarga.

    Sambutan Hari Ibubapa perlu dihayati dengan erti kata yang sebenar.Kerana terdapat kes-kes yang
mengecewakan kita telah berlaku dan dipaparkan didalam media seperti ibubapa didera oleh anak
sendiri,malahan ada yang sanggup membunuh ibubapa apabila permintaan mereka tidak dipenuhi
ATAU perbuatan mereka dihalang oleh ibubapa.Perbuatan derhaka seperti itu adalah disebabkan
telah hilangnya nilai keimanan dalam diri dan jiwa kerana telah dikuasai oleh syaitan serta kewarasan
akal fikiran hilang disebabkan pengaruh pil khayal,dadah dan sebagainya.Mereka ini perlu bertaubat
kepada Allah S.W.T. dan memohon ampun diatas segala dosa yang dilakukan.Mudah-mudahan hidup
akan diberkati dan dijauhkan dari siksaan api neraka Allah S.W.T.

Sidang blogger yang dikasihi,
     Bagi menghargai segala jasa ibubapa,maka pelbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan
hati mereka.Diantaranya,kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibubapa,bercuti bersama-sama
ibubapa,membawa ibubapa bersiar-siar ke tempat yang menarik,menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya,sentiasa mendoakan mereka,dan melakukan apa sahaja yang menyenangkan hati mereka,
sebagai tanda penghargaan serta kasih-sayang seorang anak kepada ibubapa.

     Persoalannya?Adakah kita melakukan hal-hal sedemikian kepada kepada ibu atau bapa kita?Adakah hanya sekadar bila tibanya Hari Raya,atau Hari Ibu atau Bapa,barulah kita TERTANYA-TANYA DI MANA dan BAGAIMANA KEADAAN SI IBU atau BAPA?Sedangkan Islam menegaskan bahawa ibubapa hendaklah diberikan layanan pada setiap masa.Sebagai anak,kita perlu sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibubapa agar hidup kita
diberkati Allah.Jika ibubapa kita meninggal dunia,HADIAH yang PALING BERMAKNA untuk mereka yang amat kita kasihi,ialah MENDOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK MEREKA,agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa mereka.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israk yang bermaksud:

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerna belas kasihan dan kasih sayangmu dan
doakanlah(untuk mereka dengan berkata):WAHAI TUHAN KAMI!CUCURILAH RAHMAT KEPADA MEREKA BERDUA SEBAGAIMANA MENCURAHKAN KASIH SAYANGNYA MEMELIHARA DAN MENDIDIKKU SEMASA KECIL.

Sekian,terima kasih.